Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam Reformasi,
Rentetan dari keputusan mahkamah tinggi mengisytiharkan YAB DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, gerombolan UBN pasti akan berusaha bergayut kepada apa jua ranting dan talian hayat yang masih mampu tercapai oleh mereka.
Mengikut pandangan beberapa blogger, ada kemungkinan kemenangan yg diperolehi YAB DS Nizar merupakan sebahagian dari “grand design” gerombolan UBN. PR menang round pertama tetapi mungkin akan kalah di round kedua iaitu di peringkat rayuan, itulah menurut telahannya. Ini tidak mustahil kerana pernah berlaku sebelumnya.
Kini ada beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh UBN, yang setakat ini ternampak jelas, yakni :
1) Mempercepatkan proses rayuan bagi mengenepikan keputusan mahkamah tinggi.
2) Mengadakan sidang DUN tergempar bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB yang sah.
Mungkin gerombolan UBN mengharapkan dengan cara di atas, rakyat Perak tiada pilihan selain menerima mereka semula bagi menguasai kerajaan negeri. Namun hakikatnya, ini tidak akan berlaku, persepsi negatif rakyat terhadap tindakan jijik UBN merampas kuasa tidak akan berganjak walau apa tindakan mereka sekalipun kerana pandangan umum adalah bahawa DUN Perak mesti dibubarkan dan kuasa memilih dikembalikan ke tangan rakyat.
from K.B.O ONLINE