02 September 2009

WAKIL RAKYAT BOLEH GOYANG KAKI



Berita baik untuk semua wakil rakyat di Malaysia sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, semua Yang Berhormat selepas ini tidak perlu untuk menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat selepas ini. Kedudukan sebagai wakil rakyat tidak terjejas malah semua Yang Berhormat layak mendapat elaun setiap bulan mengikut kelayakan walau pun tidak menghadiri sidang dewan.

Untuk makluman semua Yang Berhormat, walaupun tidak menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat, rakyat sebagai pembayar cukai menghalalkan segala elaun diterima oleh Yang Berhormat. Jika Yang Berhormat tidak mempunyai sijil cuti sakit (MC) sebagai bukti ketidakhadiran kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat tidak perlu gundah gulana kerana yang Berhormat boleh mendapatkan sijil cuti sakit berkenaan di mana-mana klinik yang boleh diajak berunding dengan harga RM 5 sehari. Jika sijil cuti sakit Yang Berhormat dipertikaikan Yang Berhormat tidak perlu risau kerana SPR sudi membantu.Sekian Dimaklumkan.

27 August 2009

Inilah dia rahsia 13 rukun Solat



Assalamua'laikum wr wb......... ...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Picture....





THE BEAUTIFUL RAMADHAN



Syukur padaMu
Bertandang kembali
Cahayamu dinantikan
Aku menjadi ahli ramadhan
Memperhambakan diri padaNya
Untuk menelan nikmat

Setiap kali ramadhan bertamu
Kenangan sering menerjah
Pipi haus akan air mata
Kesedihan lampau menutupi wajah
Bersama kenangan silam
Yang hadhir bersama nafas ini

Satu pemergian
Tanpa ada kehadhiran lagi
Masih tergulung kenangan
Kehangatan kasih masih terasa
Berpaut pada sanubari
Kasih yang bernilai

Aku hanya mampu
Menyambung tali-tali doa
Muga ALLAH mencucuri rahmat
Untuk roh mereka berdua

p/s salam rindu dari anakmu

Cengkerang ganti tulang manusia



Cengkerang kerang kini bukan lagi bahan terbuang malah ia boleh dimanfaatkan sebagai bahan pengganti tulang.

Ia dibuktikan oleh Jabatan Sains Praklinikal Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berjaya menghasilkan bahan pengganti tulang daripada cengkerang kerang iaitu perencah bioseramik 3-D berliang yang pertama seumpamanya di dunia.

Ketua jabatan itu Profesor Madya Dr Md Zuki Abu Bakar berkata produk itu berfungsi untuk mengganti dan membaikpulih kecacatan tulang haiwan dan manusia akibat kemalangan atau penyakit seperti kanser serta boleh diaplikasikan dalam pembedahan kosmetik.

"Ia tidak toksik, boleh mereput semula jadi (biodegradable) dan boleh diacu dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut keperluan pesakit," katanya dalam sidang media di Serdang hari ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan sejak 2007 itu menggunakan cengkerang kerang sebagai bahan utama di samping bahan-bahan lain seperti gelatin dan air.

Dr Md Zuki menerangkan bahawa formula itu perlu disemai dan dieram dengan sel osteoblas yang didapati daripada sum sum tulang pesakit dan dicambah dalam makmal kultur tisu, sebelum ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaikpulih.

"Berdasarkan eksperimen yang dijalankan terhadap tulang arnab, perencah ini berupaya membentuk tulang dengan cepat iaitu dalam masa tiga minggu sahaja.

"Ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana berbanding kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini dengan menggunakan bahan lain, seperti batu karang, masa yang diambil ialah dua hingga empat bulan," katanya.

Dr Md Zuki turut yakin bahawa perencah tersebut berpotensi untuk dipasarkan dalam industri perubatan kerana ia menggunakan bahan yang murah iaitu cengkerang kerang.

"Mengikut kajian kami, bagi rawatan tulang berukuran lima hingga enam sentimeter, harga bahan hanya RM 40 hingga RM 60 sahaja tidak termasuk kos pembedahan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata produk itu perlu menjalani ujian pra-klinikal iaitu diuji terhadap manusia.

"Kita masih belum dapat jalankan ujian klinikal kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi, jadi saya berharap ada pihak industri yang berminat untuk melabur dalam kajian ini," katanya.

Dr Md Zuki berkata produk itu telah dipatenkan di Malaysia dan kini dalam proses mendapatkan paten di peringkat antarabangsa.

22 August 2009

Apa..Insurans tidak lindungi pesakit H1N1?

Persatuan Insurans Nyawa Malaysia (LIAM) berkata kesemua 16 syarikat insurans nyawa anggota persatuan itu akan membayar tuntutan yang dikemukakan akibat kematian dan kemasukan hospital
berikutan rawatan jangkitan influenza A (H1N1).

"Meskipun majoriti polisi perubatan tidak memasukkan penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina oleh undang-undang, syarikat insurans hayat bertindak kepada keperluan mendesak negara berikutan peningkatan jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu," menurut kenyataan LIAM di Kuala Lumpur semalam.

Menurut LIAM, syarikat insurans akan terus memantau situasi dan akan memaklumkan kepada pemegang polisi sebarang perubahan keputusan.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata perlindungan dan polisi kesihatan berbeza antara satu syarikat dengan syarikat lain.

"Ia bergantung kepada syarikat berkenaan sama ada mahu memasukkan Influenza A(H1N1) dalam polisi mereka. Kami tidak boleh memaksa mereka mengubah polisi," kata penasihat teknikal PIAM Tan Eng Leong kepada Bernama.

Menurut laman web PIAM, polisi kesihatan umumnya tidak mengecualikan rawatan kemasukkan ke hospital bagi jangkitan atau penyakit berjangkit seperti H1N1.

"Namun, beberapa polisi ada menyatakan pengecualian perlindungan bagi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina mengikut undang-undang.

Ini bermakna jika H1N1 diklasifikasikan sebagai satu penyakit berjangkit memerlukan kuarantina oleh undang-undang Malaysia, maka polisi sedemikian tidak meliputi perlindungan seperti perbelanjaan perubatan," kata beliau.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr David Quek Kwang Leng meminta syarikat insurans supaya lebih bermurah hati dan lebih memahami krisis seumpamanya.

"Kami menghadapi beberapa masalah dengan syarikat insurans kesihatan. Ini terutamanya berhubung kes-kes di hospital swasta di mana banyak syarikat insurans enggan membayar semula rawatan kerana telah termaktub dalam kontrak insurans perubatan, pengecualian rawatan wabak penyakit," kata beliau.

Beliau memuji insurans kesihatan Etiqa yang mengumumkan bahawa rawatan jangkitan H1N1 adalah penyakit yang boleh dibayar tuntutannya.

"Kami meminta syarikat insurans lain untuk mencontohinya. Jika tidak, kami berada dalam keadaan sukar untuk memberikan rawatan terbaik," katanya.
Sumber-BERNAMA

19 August 2009

Ya Ramadhan..