26 March 2013

Jika parlimen tidak bubar awal minggu in

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. “Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013,” ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah. Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar secara automatik iaitu Dun Negeri Sembilan dan seterusnya Dun Pahang pada 7 April. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar. Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas. Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April. Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar. Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'. Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013. Harakahdaily/-

16 May 2012

Polis ganas: Wartawan serah memo ke pejabat PM

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA: Enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan berhubung keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0. Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 4, 000 tandatangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi. Ia diterima oleh pegawai khas kepada perdana menteri, Umi Hani Sharani. Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka. Mereka turut mendesak polis memulangkan peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak. Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. “Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini,” katanya seperti dilapor KeadilanDaily. Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas. “Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik,” katanya. Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih. Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail. Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti. Harakah Daily

21 November 2011

Peluang terbaik



KAPTEN skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar menuntut rakan sepasukan supaya berjuang habis-habisan bagi memastikan pingat emas terus dipertahankan buat kali kedua berturut-turut sekali gus menyamai pencapaian 1977 dan 1979.

Katanya, ini adalah peluang terbaik mereka mencipta sejarah itu biarpun bakal berdepan laluan penuh getir menentang tuan rumah Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.


“Saya menjangkakan pertemuan kedua ini lebih sengit meskipun kita berjaya menewaskan mereka 1-0 pada peringkat kumpulan.

“Kemenangan itu memberikan sedikit kelebihan kepada skuad negara dari segi moral namun kami harus berhati-hati dan tidak mengambil mudah perlawanan final esok (hari ini).


“Walaupun ada pemain negara yang mengalami kecederaan tapi kami tetap bersemangat kerana pemain gantian juga mampu beraksi dengan baik,” katanya yang menjadi penjaring terbanyak Malaysia dengan tiga gol setakat ini.


Malaysia juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya ini diadakan pada 1959.

Pencapaian terbaik skuad negara di temasya ini apabila muncul juara dua kali berturut-turut pada 1977 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Thailand 2-0 sebelum menumpaskan Indonesia 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno.


Dua tahun lalu di Laos, skuad bimbingan Datuk K Rajagobal meraih emas dengan menewaskan Vietnam 1-0 di final.

RD: Matikan Pergerakan Malaysia



JAKARTA, KOMPAS.com - Pelatih tim nasional Indonesia U-23, Rahmad Darmawan (RD) berpendapat, beberapa pemain-pemain Malaysia memiliki teknik individual yang cukup baik. Sadar akan hal itu, Rahmad menginstruksikan anak asuhnya untuk mematikan pergerakkan pemain-pemain kunci tersebut saat kedua tim bertemu pada babak final cabang sepak bola SEA Games XXVI, Senin (21/11/2011).

RD setidaknya menyebut ada tiga pemain kunci Malaysia yang harus diwaspadai pada pertandingan nanti. Mereka ada di posisi gelandang, sayap, dan second striker.

"Harimau Muda" dinilai sangat berbahaya bila dibiarkan leluasa mengembangkan permainannya. Gelandang Malaysia yang paling menonjol adalah Bakhtiar Baddrol. Kapten Malaysia ini tidak hanya piawai dalam melepaskan umpan, tetapi juga sangat buas di depan gawang lawan. Terbukti, ia sudah mencetak tiga gol.

Ibrahim Syahrul Azwari sebagai pemain sayap juga memiliki kecepatan yang membuat lini pertahanan lawan kerap kerepotan. Sementara Fazail Mohd Irfan sering diplot sebagai second striker.

"Yang pasti dengan mata telanjang, kita tahu pemain kunci Malaysia siapa saja. Secara kolektivitas, kita tidak tahu apakah mereka akan mengubah strategi bermainnya. Tetapi, yang berkaitan dengan teknik pemain, kita harus mengantisipasi dan mengunci pemain-pemain yang saya katakan sebagai pemain kunci seperti gelandang, second striker, dan winger. Itu akan jadi patokan kita membentuk lini pertahanan," beber RD, Minggu (20/11/2011).

Kedua tim sudah bertemu di babak penyisihan Grup A. Saat itu, Indonesia menelan kekalahan 0-1. RD mengaku yakin kekalahan tersebut justru memotivasi tim untuk membalasnya pada final nanti. Selain itu, RD berharap, saat melawan Malaysia, anak asuhnya tetap menunjukkan fighting spirit yang sama ketika membungkam Vietnam 2-0 pada babak semifinal, Sabtu (19/11/2011).

"Justru ketemu mereka di final bisa jadi kesempatan untuk membangun semangat pemain. Jangan sampai pemain down. Semangat itu yang ingin kita hadirkan dan itu sudah kita ciptakan. Buktinya (saat lawan Vietnam), banyak orang memprediksi kita jatuh dan kalah. Ternyata kondisi tersebut bisa dibalikkan oleh pemain. Inilah yang saya harapkan," jelas mantan Pelatih Persija Jakarta itu.

Sementara itu, pelatih Malaysia Ong Kim Swee mengatakan, kemenangan yang diraih timnya pada babak penyisihan lalu tidak bisa menjadi tolok ukur. Indonesia, lanjut Ong, tetaplah tim yang kuat dengan materi pemain yang berkualitas.

"Indonesia tetap tim kuat. Mereka favorit. Permainan mereka cukup tinggi di laga terakhir. Tampaknya, mereka akan mengandalkan serangan balik," jelas Ong.

Isu murtad: HIMPUN buat siri jelajah di tiga negeri



Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri - Perak, Negeri Sembilan dan Johor - pada bulan depan dan Januari ini.
Bermula di Perak dengan lokasi di Stadium Indera Muda, Ipoh pada 17 Dis ini, HIMPUN seterusnya akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 7 Jan dan Johor pada 28 Jan di lokasi yang masih belum diputuskan.
Pengerusi Bersama HIMPUN Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.

Pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Okt lalu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.

Azmi juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan perhimpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa.

Dijangka seramai 10,000 akan menghadiri perhimpunan yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 petang di Ipoh itu, katanya.

Perhimpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu adalah bagi menghantar mesej kepada pelbagai pihak mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini.

- Bernama

14 November 2011

Penduduk sekitar Kuantan terus bantah loji Lynas




Kira-kira 2,000 penduduk tempatan sekitar kawasan pembinaan loji pemprsosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang, hari ini menyertai perhimpunan anti-Lynas yang dianjurkan oleh jawatankuasa ‘Selamatkan Malaysia’.

NONESebagai tanda sokongan terhadap bantahan yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan, itu, mereka membawa beberapa ‘pinata’ - iaitu objek yang diperbuat daripada cenisan kertas - dan memukulnya secara simbolik.

Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka.

Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu.

NONEWalaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daaripada pergi ke sana.

Perhimpunan yang bermula pada jam 7.30 pagi ini berlangsung tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dilaporkan. Orang ramai bersurai kira-kira dua jam kemudian.

Sementara itu sebuah lagi NGO anti-Lynas, Gabungan Hentikan Lynas (GHL) mahu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya tidak mengeluarkan kenyatan berbaur rasis dan cuba memutarbelikkan isu sebenar.

Bersifat rasis

Dalam kenyataan medianya, GHL menasihatkan Adnan supaya menghentikan kenyataannya yang bercanggah dari segi logik dan rasional tetapi bersifat rasis.

NONE“Dalam temuramah tersebut (dengan aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September lalu), Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (Lamp) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

“Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau.

“Jika tidak, Adnan selaku menteri besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman,” petik kenyataan itu.

NONESehubungan itu, GHL berkata Adnan perlu berhenti menjadi jurujual kepada Lamp dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna.

“Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” petik kenyatan itu lagi.

**MK

11 November 2011

Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM



Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

NONEMerujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

**MK

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus



Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

**MK

PM jumpa bekas MP sebelum pembubaran Parlimen?


14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan hari ini, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara kelmarin.

NONEMenurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

"Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.
Untuk meningkatkan sokongan untuk BN, kata laporan itu, Najib tidak lama lagi akan membuat pengumuman, termasuk pengiktirafan kelayakan akademik dari Taiwan, yang merupakan satu tuntutan sudah lama masyarakat Cina kerana banyak graduan sekolah menengah Cina melanjutkan pengajian mereka ke sana.

Menurut jadual rasminya, Najib, yang pulang dari Makkah semalam selepas mengerja ibadat haji, akan menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur petang ini untuk dikemaskinikan mengenai kemajuan projek Program Transformasi Ekonomi.

Dengan pentadbiran kerajaan semasa memasuki tahun keempat dan kelembapan ekonomi global yang diselubungi risiko, maka spekulasi yang Najib akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat baru, bertiup kencang sejak awal tahun ini.

Beberapa laporan media telah membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian. MK/-

Tennis On A Helipad







at Dubai

26 October 2011

Turkey Earthquake- 2011





RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah



Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.
**Malaysia Kini

Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak




Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.

Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.

“Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.

“Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan,” petik laporan itu.

Kontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

JHSB, yang telah dianugerahkan kontrak berkenaan pada Mei 2006, memberi alasan seperti kenaikan kos bahan-bahan pembinaan akibat perkembangan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan kepada nilai tanah yang dibangunkannya.

Kos penjara naik tetapi saiz jadi kecil

Di Sarawak pula, pasukan Audit mendapati pemnbinaan penjara baru Kuching, yang bertujuan menggantikan penjara uzur di Jalan Penrissen yang dibina pada tahun 1882, hanya siap kira-kira lapan tahun selepas tarikh permulaan projek itu pada 6 Mei 1997.

“Pelaksanaan projek pembinaan penjara baru Kuching adalah tidak memuaskan kerana projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 tahun 3 bulan telah mengambil masa 11 tahun 2 bulan.

“Selain daripada kelewatan pelaksanaan projek oleh kedua-dua kontraktor, proses pelantikan kontraktor kedua untuk membaik pulih dan membina semula penjara baru telah mengambil masa 2 tahun 7 bulan,” kata laporan itu lagi.

Walaupun membabitkan kos lebih tinggi, namun saiz penjara telah dikurangkan daripada 103 blok ke 65 blok dan hanya mampu menampung 1,366 nbanduan dan kakitangan penjara serta bukannya, 2,665 seperti mengikut perancangan asal.

Laporan itu membidas kelewatan dalam pelantikan kontraktor kedua, sebagai antara punca kenaikan kos.

Proses untuk melantik TSR Bina mengambil masa dua tahun dan tujuh bulan, dan sepanjang tempoh itu struktur bangunan termasuk besi dan kayu yang digunakan mulai karat dan reput.
**malaysia kini

Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan?



HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam.

Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat."

Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia."

Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya.

Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin.

Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.

Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.

Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.

Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."

Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.

Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.

30 August 2011

PAS tentang PPSMI dikembalikan semula




PAS menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun cadangan atau tindakan bagi mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Ini kerana menurut pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik, rata-rata kajian mendapati PPSMI gagal memajukan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar.

“Apatah lagi kita boleh mengatakan bahawa, keciciran (di kalangan pelajar) telah begitu banyak dan begitu meluas sekali kerana akibat daripada PPSMI ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk tuntutan oleh The Parent Action Group For Education (PAGE), baru-baru ini yang meminta satu pertemuan dengan jemaah menteri bagi menerangkan rasional mengapa tuntutan itu dibuat.

“Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak PAGE ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepada PPSMI,” kata Abu Bakar.

“Tetapi apabila PAGE melalui presidennya Datuk Noor Azimah (membuat kenyataan), kita menganggapkan ini satu perkara yang luarbiasa, satu perkara yang baru yang mendatang, yang menurut kenyataannya dia mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa.

Menurut beliau, pendirian PAS itu berasaskan keputusan bersama dengan gabungan lebih 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang mengadakan demostrasi besar-besaran sehingga memaksa kerajaan mengembalikan semula polisi pembelajaran yang asal, bermula tahun 2012.

“Kemudiannya, kerajaan membuat pengubahsuaian dalam erti-kata memperteguhkan (memantapkan) bahasa Inggeris dan memperkasakan (memartabatkan) bahasa Melayu.

“Walaupun PAS berpandangan, ia suatu keputusan yang kurang jelas, pada umumnya kita menganggap bahawa ia adalah sesuatu ubah-suai di atas keperluan yang dihajatkan oleh rakyat bagi membasmi PPSMI dan PPSMI tidak akan diteruskan sama sekali, walaupun ada keinginan untuk perbaiki bahasa Inggeris dalam konteks yang lain,” katanya.

Justeru, menurut Abu Bakar adalah pelik apabila PAGE mendakwa bahawa mereka mempunyai bukti serta sokongan.

Namun menurut Abu Bakar, PAS bersedia mengadakan pertemuan dengan PAGE bagi mendengar alasan kumpulan itu.
“Kita mahu mendengar alasan mereka, namun begitu dari segi untuk mendesak kabinet supaya membolehkan PPSMI dikembalikan, kita menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun.

“Tetapi dengan PAGE kita mahu mendengar daripada mereka apa alasan yang mereka hendak bawa kepada kabinet tentang perkara ini,” katanya.

** Malaysia Kini

Hurricane Irene






29 August 2011

Flooding 'an ongoing concern' amid Irene's destruction



Brattleboro, Vermont -- As a much-weakened Irene entered Canada, it left behind parts of the U.S. East Coast still grappling Monday with dangerous flood waters, widespread power outages and stranded residents.
At least 21 deaths in nine states were blamed on Irene, which fizzled to a post-tropical cyclone and headed over eastern Canada on Monday.
"Hurricane Irene's damage is likely to be characterized more by the amount of inland flooding, storm surge and treefall than by direct wind damage, and flooding is still an ongoing concern for many states in the Northeast," said Risk Management Solutions, Inc., which tracks natural catastrophes.
About 3 million customers were without power along Irene's path.

(CNN)

SALAM EIDULFITRI 1432 / 2011