04 June 2010

Ketika Bulan Berbicara


Akulah penyeri alam
Ketika kegelapan menjelma
Membawa sinar
Menerangi bumi.

Maka
Manusia pun berkata
Oh, cantiknya bulan!
Maka
Aku pun tersenyum gembira
Kerana
Ada yang memujiku.

Indahnya aku pada cahayanya
Buruknya aku pada rupanya
Girangnya aku pada pujian mereka
Walangnya aku pada ejekan mereka.


Sesungguhnya
aku tidak lupa
Di sebalik semua itu
Ada mentari gagah menerangi aku
Apabila ia menjelma.