23 February 2010

Cuaca Mempengaruhi Emosi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, suasana hari ini begitu terang dan ceria. Bercakap mengenai cuaca, timbul pula sedikit pandangan peribadi saya mengenai kaitan cuaca dengan emosi kita. Jika keadaan cuaca terang benderang, ia juga mempengaruhi keadaan emosi kita. Mungkin ceria, riang dan mungkin juga cepat marah. Itu pandangan peribadi saya sahaja, daripada pengalaman dan pemerhatian saya secara rambang. Mungkin anda juga mempunyai pendapat yang sama atau berbeza.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh mempengaruhi emosi kita. Salah satu faktornya adalah faktor alam sekeliling kita. Keadaan cuaca merupakan salah satu puncanya. Jika dilihat dari sudut lain, banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi. Apa yang saya perhatikan, faktor kesihatan juga boleh mempengaruhi emosi kita.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa, semuanya perlu dikawal dengan sebaik mungkin kerana dikhuatiri pula akan menyinggung sesiapa sahaja. Saranan saya mudah sahaja. Senantiasalah kita beringat dan berwaspada dalam kata-kata dan juga fikiran supaya kita tidak mengikut emosi. Kita dikurniakan akal dan gunakanlah akal sebaik mungkin.

Bagi saya, berfikir sebelum bertindak merupakan satu cara yang sangat mudah dilakukan. Justeru itu, tidak adalah di kalangan kita yang bertindak terburu-buru mengikut emosi. Selain dari itu, kita perlu banyak bersabar. Jangan ikutkan perasaan. Kerana sabar itu juga separuh dari iman.

Tips untuk meredakan marah (mengikut emosi):

  • Ambil wuduk
  • Amalkan ayat ini:

Surah Al-Imran, ayat 173:

alimran173

  • Tarik nafas panjang-panjang dan hembus
  • Duduk dan diam sejenak
  • Muhasabah diri

Semoga anda semua dapat mengawal emosi tidak kiralah di mana anda berada. :)

Salam ceria dari saya untuk anda semua.

ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.