14 November 2011

Penduduk sekitar Kuantan terus bantah loji Lynas




Kira-kira 2,000 penduduk tempatan sekitar kawasan pembinaan loji pemprsosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang, hari ini menyertai perhimpunan anti-Lynas yang dianjurkan oleh jawatankuasa ‘Selamatkan Malaysia’.

NONESebagai tanda sokongan terhadap bantahan yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan, itu, mereka membawa beberapa ‘pinata’ - iaitu objek yang diperbuat daripada cenisan kertas - dan memukulnya secara simbolik.

Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka.

Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu.

NONEWalaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daaripada pergi ke sana.

Perhimpunan yang bermula pada jam 7.30 pagi ini berlangsung tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dilaporkan. Orang ramai bersurai kira-kira dua jam kemudian.

Sementara itu sebuah lagi NGO anti-Lynas, Gabungan Hentikan Lynas (GHL) mahu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya tidak mengeluarkan kenyatan berbaur rasis dan cuba memutarbelikkan isu sebenar.

Bersifat rasis

Dalam kenyataan medianya, GHL menasihatkan Adnan supaya menghentikan kenyataannya yang bercanggah dari segi logik dan rasional tetapi bersifat rasis.

NONE“Dalam temuramah tersebut (dengan aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September lalu), Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (Lamp) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

“Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau.

“Jika tidak, Adnan selaku menteri besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman,” petik kenyataan itu.

NONESehubungan itu, GHL berkata Adnan perlu berhenti menjadi jurujual kepada Lamp dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna.

“Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” petik kenyatan itu lagi.

**MK

11 November 2011

Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM



Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

NONEMerujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

**MK

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus



Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

**MK

PM jumpa bekas MP sebelum pembubaran Parlimen?


14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan hari ini, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara kelmarin.

NONEMenurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

"Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.
Untuk meningkatkan sokongan untuk BN, kata laporan itu, Najib tidak lama lagi akan membuat pengumuman, termasuk pengiktirafan kelayakan akademik dari Taiwan, yang merupakan satu tuntutan sudah lama masyarakat Cina kerana banyak graduan sekolah menengah Cina melanjutkan pengajian mereka ke sana.

Menurut jadual rasminya, Najib, yang pulang dari Makkah semalam selepas mengerja ibadat haji, akan menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur petang ini untuk dikemaskinikan mengenai kemajuan projek Program Transformasi Ekonomi.

Dengan pentadbiran kerajaan semasa memasuki tahun keempat dan kelembapan ekonomi global yang diselubungi risiko, maka spekulasi yang Najib akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat baru, bertiup kencang sejak awal tahun ini.

Beberapa laporan media telah membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian. MK/-

Tennis On A Helipad







at Dubai

26 October 2011

Turkey Earthquake- 2011





RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah



Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.
**Malaysia Kini