DUNIA'KU MARHAEN
Search Of Excellence 4 New Generation...
26 March 2013
Jika parlimen tidak bubar awal minggu in
13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun.
“Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013,” ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset.
Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008.
Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar secara automatik iaitu Dun Negeri Sembilan dan seterusnya Dun Pahang pada 7 April.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat.
SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar.
Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya.
Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas.
Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar.
Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya.
Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April.
Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar.
Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'.
Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.
Harakahdaily/-
25 October 2012
16 May 2012
Polis ganas: Wartawan serah memo ke pejabat PM
24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan berhubung keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0.
Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 4, 000 tandatangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.
Ia diterima oleh pegawai khas kepada perdana menteri, Umi Hani Sharani.
Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka.
Mereka turut mendesak polis memulangkan peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak.
Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini,” katanya seperti dilapor KeadilanDaily.
Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas.
“Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik,” katanya.
Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih.
Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail.
Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti.
Harakah Daily
21 November 2011
Peluang terbaik
KAPTEN skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar menuntut rakan sepasukan supaya berjuang habis-habisan bagi memastikan pingat emas terus dipertahankan buat kali kedua berturut-turut sekali gus menyamai pencapaian 1977 dan 1979.
Katanya, ini adalah peluang terbaik mereka mencipta sejarah itu biarpun bakal berdepan laluan penuh getir menentang tuan rumah Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.
“Saya menjangkakan pertemuan kedua ini lebih sengit meskipun kita berjaya menewaskan mereka 1-0 pada peringkat kumpulan.
“Kemenangan itu memberikan sedikit kelebihan kepada skuad negara dari segi moral namun kami harus berhati-hati dan tidak mengambil mudah perlawanan final esok (hari ini).
“Walaupun ada pemain negara yang mengalami kecederaan tapi kami tetap bersemangat kerana pemain gantian juga mampu beraksi dengan baik,” katanya yang menjadi penjaring terbanyak Malaysia dengan tiga gol setakat ini.
Malaysia juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya ini diadakan pada 1959.
Pencapaian terbaik skuad negara di temasya ini apabila muncul juara dua kali berturut-turut pada 1977 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Thailand 2-0 sebelum menumpaskan Indonesia 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno.
Dua tahun lalu di Laos, skuad bimbingan Datuk K Rajagobal meraih emas dengan menewaskan Vietnam 1-0 di final.
RD: Matikan Pergerakan Malaysia
JAKARTA, KOMPAS.com - Pelatih tim nasional Indonesia U-23, Rahmad Darmawan (RD) berpendapat, beberapa pemain-pemain Malaysia memiliki teknik individual yang cukup baik. Sadar akan hal itu, Rahmad menginstruksikan anak asuhnya untuk mematikan pergerakkan pemain-pemain kunci tersebut saat kedua tim bertemu pada babak final cabang sepak bola SEA Games XXVI, Senin (21/11/2011).
RD setidaknya menyebut ada tiga pemain kunci Malaysia yang harus diwaspadai pada pertandingan nanti. Mereka ada di posisi gelandang, sayap, dan second striker.
"Harimau Muda" dinilai sangat berbahaya bila dibiarkan leluasa mengembangkan permainannya. Gelandang Malaysia yang paling menonjol adalah Bakhtiar Baddrol. Kapten Malaysia ini tidak hanya piawai dalam melepaskan umpan, tetapi juga sangat buas di depan gawang lawan. Terbukti, ia sudah mencetak tiga gol.
Ibrahim Syahrul Azwari sebagai pemain sayap juga memiliki kecepatan yang membuat lini pertahanan lawan kerap kerepotan. Sementara Fazail Mohd Irfan sering diplot sebagai second striker.
"Yang pasti dengan mata telanjang, kita tahu pemain kunci Malaysia siapa saja. Secara kolektivitas, kita tidak tahu apakah mereka akan mengubah strategi bermainnya. Tetapi, yang berkaitan dengan teknik pemain, kita harus mengantisipasi dan mengunci pemain-pemain yang saya katakan sebagai pemain kunci seperti gelandang, second striker, dan winger. Itu akan jadi patokan kita membentuk lini pertahanan," beber RD, Minggu (20/11/2011).
Kedua tim sudah bertemu di babak penyisihan Grup A. Saat itu, Indonesia menelan kekalahan 0-1. RD mengaku yakin kekalahan tersebut justru memotivasi tim untuk membalasnya pada final nanti. Selain itu, RD berharap, saat melawan Malaysia, anak asuhnya tetap menunjukkan fighting spirit yang sama ketika membungkam Vietnam 2-0 pada babak semifinal, Sabtu (19/11/2011).
"Justru ketemu mereka di final bisa jadi kesempatan untuk membangun semangat pemain. Jangan sampai pemain down. Semangat itu yang ingin kita hadirkan dan itu sudah kita ciptakan. Buktinya (saat lawan Vietnam), banyak orang memprediksi kita jatuh dan kalah. Ternyata kondisi tersebut bisa dibalikkan oleh pemain. Inilah yang saya harapkan," jelas mantan Pelatih Persija Jakarta itu.
Sementara itu, pelatih Malaysia Ong Kim Swee mengatakan, kemenangan yang diraih timnya pada babak penyisihan lalu tidak bisa menjadi tolok ukur. Indonesia, lanjut Ong, tetaplah tim yang kuat dengan materi pemain yang berkualitas.
"Indonesia tetap tim kuat. Mereka favorit. Permainan mereka cukup tinggi di laga terakhir. Tampaknya, mereka akan mengandalkan serangan balik," jelas Ong.
Isu murtad: HIMPUN buat siri jelajah di tiga negeri
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri - Perak, Negeri Sembilan dan Johor - pada bulan depan dan Januari ini.
Bermula di Perak dengan lokasi di Stadium Indera Muda, Ipoh pada 17 Dis ini, HIMPUN seterusnya akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 7 Jan dan Johor pada 28 Jan di lokasi yang masih belum diputuskan.
Pengerusi Bersama HIMPUN Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.
Pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Okt lalu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.
Azmi juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan perhimpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa.
Dijangka seramai 10,000 akan menghadiri perhimpunan yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 petang di Ipoh itu, katanya.
Perhimpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu adalah bagi menghantar mesej kepada pelbagai pihak mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini.
- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)